PENGENALAN:
- Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya. Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
OBJEKTIF :
- Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup. Membantu remaja membina semula keyakinan diri. Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Bimbingan Kerohanian :
•Fardhu Ain •Al-Qur’an •Hadith •Bimbingan Mukmin
•Akhlak •Aqidah •Doa •Sirah Nabi
Bimbingan Bina Diri :
•Kaunseling Individu dan Kelompok •Motivasi Jati Diri Riadah, Rekreasi dan Kesenian
•Senaman •Rehlah •OutdoorGames •Nasyid
KemahiranDiri :
•Komputer •Masakan •Jahitan •Kraftangan
Dengan keperihatinan dari pihak kami MEKAR(menjana kerohanian akhlak remaja), ajk-ajk telah membuat satu program untuk para penghuni Raudhatus Sakinah di cawangan Sungai Buluh, Selangor. Program sehari bersama Raudhatus Sakinah ini telah kami memanfaatkan dengan pelbagai pengisian serta aktiviti-aktiviti kerohanian.
Sedikit sumbangan telah kami berikan daripada pihak PSA kepada RS. Pada awalnya pening juga kami memikirkan apa yang hendak di beri mengikut kesesuaian mereka. Apabila duduk berbincang bersama pihak RS, kata putus dapat dikeluarkan ialah sumbangan berupa keperluan asasi manusia. Dengan sesi penyampaian sumbangan daripada K'Asma' selaku ketua muslimat MEKAR kepada Kak Ju selaku penyelia RS, Sungai Buluh. Kepulangan kami dilengkapi dengan salam peluk cium dari pipi ke pipi kiri dan kanan serta diiringi dengan selawat dan salam.
Alhamdulillah segala apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar, dan itu semua adalah atas izin ALLAH S.W.T. Apabila ana berada sehari bersama mereka ana berasa amat berbangga kerana mereka mempunyai kesedaran serta azam yang sangat kuat sehinggakan mereka sangat bermotivasi yanga amat tinggi. Allah sayangkan mereka semua kerana memberikan mereka ujian yang sangat besar. Meraka memang betu-betul mengejar CINTA ALLAH dan meninggalkan segala CINTA MANUSIA di muka bumi ini. 24 jam sehari bagi mereka memang amat berharga dengan khusyuk serta tawaduk beribadat untuk mengisi masa-masa yang ada. Sesungguhnya MATI itu benar dan JANJI Allah itu benar.
*Syukran*
0 comments:
Post a Comment