I made this widget at MyFlashFetish.com.

anda tahu apa itu raudhatus sakinah?

Asslamualaikum... disini ana ingin berkongsi pengalaman serta pengetahuan ana tentang apa yang ada di muka bumi ALLAH ini. Organisasi MEKAR(menjana kerohanian akhlak remaja) politeknik shah alam telah mengadakan program di Raudhatus Sakinah. Sebelum ana menceritakan lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan ana cerita dahulu serba sedikit apa itu Raudhatus Sakinah:



PENGENALAN:

  • Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya. Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

OBJEKTIF :

  • Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup. Membantu remaja membina semula keyakinan diri. Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Bimbingan Kerohanian :

•Fardhu Ain •Al-Qur’an •Hadith •Bimbingan Mukmin

•Akhlak •Aqidah •Doa •Sirah Nabi

Bimbingan Bina Diri :

•Kaunseling Individu dan Kelompok •Motivasi Jati Diri Riadah, Rekreasi dan Kesenian

•Senaman •Rehlah •OutdoorGames •Nasyid

KemahiranDiri :

•Komputer •Masakan •Jahitan •Kraftangan




Dengan keperihatinan dari pihak kami MEKAR(menjana kerohanian akhlak remaja), ajk-ajk telah membuat satu program untuk para penghuni Raudhatus Sakinah di cawangan Sungai Buluh, Selangor. Program sehari bersama Raudhatus Sakinah ini telah kami memanfaatkan dengan pelbagai pengisian serta aktiviti-aktiviti kerohanian.
Awal pagi pada jam 8 kami dikehendaki untuk mendaftar di pusat sukan PSA. Nak tau? ana lah yang paling lambat n menjadi peserta terakhir yang datang mendaftar, em... memang lah glamor!. apa-apa pun tidaklah sehingga kan ana tertinggal bas! hehe... perjalanan yang amat singkat sebenarnya daripada Poli kami, 30 minit lah macam tu. Alahamdulillah perjalanan kami selamat dalam keadaan yang baik.

Ye... setibanya kami di Raudhatus Sakinah sempat lagi para ajk bergaya di depan camera. Mereka ni tak payah di suruh bergambar pun secara sendiri memang nak bergambar! jangan marah ek para ajk yang lawat blog ana ini! hehe...
Tidak lengkap sesebuah program kami sekiranya tiada pengisian iman dalam diri. Umi Halimah dan K'Ain Wahad yang melengkapi tazkirah kami pada waktu itu. Kesedaran dapat di lihat dimana dalam slot bersama K'Ain kesemua yang berada di situ telah menitiskan air mata, berkesan sungguh cara penyampaian beliau. Apa-apa pun perkara yang di kongsi di situ amat kami jadikan pengetahuan serta pedoman.

Sedikit sumbangan telah kami berikan daripada pihak PSA kepada RS. Pada awalnya pening juga kami memikirkan apa yang hendak di beri mengikut kesesuaian mereka. Apabila duduk berbincang bersama pihak RS, kata putus dapat dikeluarkan ialah sumbangan berupa keperluan asasi manusia. Dengan sesi penyampaian sumbangan daripada K'Asma' selaku ketua muslimat MEKAR kepada Kak Ju selaku penyelia RS, Sungai Buluh. Kepulangan kami dilengkapi dengan salam peluk cium dari pipi ke pipi kiri dan kanan serta diiringi dengan selawat dan salam.

Alhamdulillah segala apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar, dan itu semua adalah atas izin ALLAH S.W.T. Apabila ana berada sehari bersama mereka ana berasa amat berbangga kerana mereka mempunyai kesedaran serta azam yang sangat kuat sehinggakan mereka sangat bermotivasi yanga amat tinggi. Allah sayangkan mereka semua kerana memberikan mereka ujian yang sangat besar. Meraka memang betu-betul mengejar CINTA ALLAH dan meninggalkan segala CINTA MANUSIA di muka bumi ini. 24 jam sehari bagi mereka memang amat berharga dengan khusyuk serta tawaduk beribadat untuk mengisi masa-masa yang ada. Sesungguhnya MATI itu benar dan JANJI Allah itu benar.

*Syukran*

explorace MEKAR

Assalamualaikum... sudah lama menyepi kini ana kembali... Dengan ini ana nak coretkan apa yang sudah lama dibukukan.Pada tahun 2009 ada beberapa aktiviti-aktiviti yang ana ikuti seperti explorace MEKAR(menjana kerohanian akhlak remaja) under PSA, lawatan ke Raudhatus sakinah, dan tadarus Al-Quran dan solat berjemaah. Kesemua aktiviti adalah di bawah organisasi MEKAR PSA. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana ana masih diberi peluang untuk mengikuti pogram-pogram yang berlandaskan islam.

Explorace MEKAR :

Inilah dia insan yang dikenali sebagai brother Yusof
yang mana telah memberi pengisian kepada para
peserta tentang Ini Sejarah Kita (ISK)



khusyuknye para peserta mendengar
pengisian daripada brother yusof


dilengkapi lagi dengan pogram riadah yang sangat menarik iaitu explorace. Macam-macam teletah dan kerenah para peserta pada waktu itu. Pelbagai moto dan segala macam yang ada. Ukhuwah yang terjalin sesama kumpulan sangat utuh walaupun masing-masing dalam pertandingan yang mana mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menjadi JUARA!!!... mari kita lihat wajah-wajah yang mempunyai matlamat :

kamilah JUARA!!!

indahnya ukhuwah yang terjalin kerana ALLAH selama-lamanya


Alhamdulillah segala apa yang dirancang dalam pogram ini dapat bejalan dengan lancar semuanya atas izin ALLAH. Nak tau...??? semasa penyampaian hadiah kami ada jamuan makan! sungguh lazat...(sebab bukan ana yang masak) hehe... apa orang kata!? hingga menjilat jari... apa yang kami semua dapat terapkan ialah kerjasama serta amanah itu penting dalam diri kita. Macam sifat Nabi kita, nanti kehidupan kita akan dirahmati insyaALLAH...

Adakah kita Semua Sahabat Sejati?


SAHABAT SEJATI

Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnyi;Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;

  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.



Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:



sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

KBM SSQ+5R

ssq
KBM SSQ+5R kembali lagi!!
Kali ini dengan pelbagai transformasi yang pastinya lebih menarik dan
mencabar!
Nama Program:
Keindahan Bersama Mu + SSQ + 5R

Tarikh & hari :
9 – 12 Disember 2009
Rabu - Sabtu

Tempat :
Impian Country Resort, Sg. Semungkis, Batu 14, hulu Langat, Selangor

Sasaran Peserta :
13 – 16 tahun

Yuran :
RM 180 sahaja

++++++++++++++
Dengan RM 180, apa yang akan anda perolehi :
  • Makan dan minum 6 kali sehari
  • Penginapan yang selesa
  • Buku Program
  • Sijil penyertaan
  • Perlindungan Takaful
  • Ilmu dan pengalaman yang luar biasa
  • Rakan-rakan baru
  • Suasana nyaman dan segar jauh dari bandar
  • Hubungan indah bersama Allah, Rasul, Serta Ibu Ayah
  • Mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah
  • Memperbaiki diri kearah lebih positif & menyerlah jauh dari yang biasa
  • Daftar segera!!sementara tempat masih ada..

Daftar segera!!

sementara tempat masih ada..

merantau


Alhamdulillah ke hadrat Ilahi ana masih lg bernafas dalam segala nikmat yang telah diberikan oleh yang maha Esa..ameen.... pada 25-29/11/2009 yang lepas ana telah pergi ke negeri orang (kediaman sahabat baik ana Umira). Perjalanan yang agak jauh bagi ana, kerana buat pertama kalinya pergi ke Merbok,Kedah. Setibanya ana di sana, ana merasakan betapa Agungnya ciptaan ALLAH kerana keindahan yang berada di situ. Bersykur tidak terhingga kerana keluarga sahabat ana terima kehadiran ana dengan hati yang terbuka serta layanan yang istimewa. Terima kasih Umira... Ana begitu teruja apabila melihat bendang (sawah padi) kerana kehijauannya yang terbentang luas. Masa-masa yang di isi megitu bermakna. Em Umira, dengan apa yang ana coretkan tak teringin ke nak bawa ana lagi ke rumah enti??? hehehe

TIADA ISTILAH CINTA ISLAMIC

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaanNya, kita masih dapat bernafas, dapat merasai nikmat Islam dan Iman. Semoga kandungan yang disediakan dapat dijadikan renungan, pengajaran, panduan dan iktibar bersama.Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang kerdil lagi hina. wallahua'lam.


“ akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya” , “ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana” , “ana uhibbuka fillah” , “ana uhibbuki fillah” , “ salam,akhi tak masuk kelas ke hari nih?” , “mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah” …bla..bla…..Biasa dengar tak ayat-ayat ‘Islamic’ diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.
CINTA, Fitrah Setiap Manusia,

MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembaliyang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;

Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika yang sesuai dengan syariat.


Yang terjadinya begini kan…

Setiap hari jika ke kuliah, tidak bertemu atau bertembung ditengah jalan, rasa sakit habis satu badan. Jiwa tak tenteram, kepala senak, rasa tak sedap duduk…yang pasti mesti perlu jumpa juga ditengah-tengah jalan sekalipun..dapat tengok wajah pun kira baiklah..muncullah ungkapan “inilah cinta abadi antara kita berdua”..ye lah tu…Cinta abadi? Padahal sebabmu hanya kerana kecantikan yang fana’, kekayaan sementara atau perangai sandiwara..
Biasanya jika tidak bertemu, rasanya ada sesuatu yang hilang dan harus segera dicari. Ada kekhawatiran yang berlebihan dan keinginan yang kuat untuk bersua jumpa atau paling kurang tahu kondisi..”sihat ke hari nih?”..emmm Kalau tidak berhubung mungkin akan putus silaturrahim, putus ukhwah..tu lah ayat-ayat yang biasa dijadikan alasan..

Kita sering kata cinta kerana Allah. Buktinya saling masihat menasihati dalam kesolehan. Tetapi tanpa ikatan apapun, kita memberi perhatian khusus pada sebuah nama. Tidakkah kita terfikir bahawa yang harus dicintai kerana Allah banyak jumlahnya?

Tidak hanya dia seorang. Saling memberi nasihat dan tazkirah satu sama lain, saling memberi hadiah buku penyucian hati, kaset nasyid dan murattal..tetapi ternyata merosak hati..bukan itu yang kita inginkan..Ketika mula hati terdetik ingin bercinta, maka pandangan pertama seringkali berhulukan kesolehan, kemuliaan akhlak dan kesamaan visi dalam dakwah.

Biasa dengar ucapan ni kan…Biasanya bila sudah berhubung, maka timbullah perasaan keinginan untuk saling memberi perhatian, sekadar memahami atau bahkan berusaha memberikan protect agar si dia sentiasa dalam kesolehan..ehem..Kadang-kadang sampai ada yang berpesan: “ukhti, tolong tengokkan dia ya, dijaga, diperhatikan dan dinasihati agar tetap istiqmah dijalan dakwah..Cinta yang bersih…

Islam memposisikan segala sesuatu dalam posisinya yang mententeramkan. Kita tidak menemui perintah bahkan terlarang untuk membunuh cinta dan hawa nafsu dengan meRahibkan (ahli ibadah) diri.

Cinta kita tidak keluar dari kerangka cinta suci Ilahiah bahkan menjadi pembangun kebersamaan dalam kesolehan.Sebuah solusi bagi cinta dan syahwat adalah pernikahan. Iaitu sebuah ikatan yang menghalalkan apa yang sebelumnya haram. Sebuah ikatan yang menjadikan apa yang sebelumnya dosa sebagai pahala.
Jika kemampun memang belum hadir, maka keinginan dan niat suci tetap harus ada. Jika tidak, maka kita mungkin termasuk dalam salah satu golongan yang disebut oleh

Imam Ahmad bin Hanbal:
“ Jika ada pemuda yang tidak berkeinginan menikah, maka hanya ada dua kemungkinan: banyak bermaksiat atau diragui kejantanannya ! “Kata Dr.Ali Akbar “apabila seorang pemuda mengucapkan ‘aku mencintaimu…’, tapi sebenarnya berbunyi ‘aku ingin berzina denganmu..” buktinya..zina tangan..kaki..mata..lidah..telinga..dan paling sukar di lihat zina hati anda..

Jangan kalian mendekati zina.apa maksudnya? Jangan melakukan zina sahaja atau semua jalan-jalan yang menuju kearah zina???, Inikah cinta kita??? Merosak niat, konsentrasi ibadah, atau sampai tidak ada bezanya dengan para remaja lelaki dan wanita sekarang, maka ada sesuatu yang harus diluruskan. Kita pengecut, masih takut-takut untuk menanggung beban hidup berumahtangga. Dan disebaliknya, kita begitu licik bersegera untuk menikmati saat-saat indah dalam hubungan dua insan. Benar-benar pengecut!

Kata Ust Anis Matta:
“ selama berhubungan, mereka berfikir sedang berusaha untuk saling memahami..hakikatnya bukan itu yang terjadi…kenyataannya mereka berusaha untuk tampil lebih baik dari yang sebenarnya. Sehingga setiap kali berbicara, sebenarnya mereka sedang menyembunyikan diri masing-masing. Mereka sedang membuat iklan untuk menggoda pembeli. Kerana takut bila pelanggan tidak puas, akhirnya ia akan ditinggalkan...
”Sayang sekali, yang dibangun bukan perbaikan diri, tetapi ‘proses penopengan’ diri.

Sering kita mengadu masalah dengan dia, baik kecil atau besar. Tapi mengapa ya, sampai sesetia itu bantuannya walaupun masih tidak ada ikatan? Bersiaplah untuk anda menjadi orang yang tidak mampu selesaikan masalah jika semua perkara, anda bergantung padanya. Ketergantungan itu merbahaya!

“terimalah aku seadanya…”akhirnya kita melaju berhubungan dengan ‘saling memahami’. Kerana keterbukaan, mengharuskan kita untuk saling menumpahkan keluh kesah, mencurahkan isi hati, dan memberi perhatian. Untuk apa diadu masalah padanya? Bukankah Allah itu wujud!!!

Cinta yang tidak sihat hanya akan melahirkan insan yang tidak lagi khusyu’ kerana hati mengingati kekasih. Mata yang mencuri pandang atau pun saling menatap.


Ada yang pertanyakan soalan adakah berbincang pelajaran pun tidak boleh? Sebab belajar satu ibadah bukan perkara yang lagha (sia-sia)...?

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.



Muhasabah


Baik, selesai sudah entah berapa banyak nikmat berpacaran sebelum pernikahan itu kita lalui dan lazimi. Jadi, apa yang tinggal sekarang? Di mana nikmat yang Allah janjikan akan lebih baik, penuh kebahagian, keseronokan tersebut pada saat hubungan haram bertukar menjadi halal dengan nama ‘pernikahan’ itu, jika semua telah dilakukan seenak-enaknya sebelum berlaku pertalian halal tersebut?

Anda telah bermesra-mesraan sekian lama sebelum itu, jadi dimana lagi kemesraan selepas perkahwinan? Anda telah merasai nikmat saling pujuk memujuk sebelum itu, jadi dimana lagi nikmatnya selepas pernikahan? Anda telah merasai suasana saling berkongsi-kongsi cerita bahagia dan derita, maka apa lagi yang anda mahu sampaikan pada teman hidup anda itu selepas perkahwinan? Habis, mana nikmatnya semua itu setelah anda habiskan sehabis mungkin sebelum pertalian halal dengan jalan yang penuh dengan liku-liku dosa? Fikirkanlah….

masih ada peluang bagi yang telah tersesat jalan. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.


Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.
Sama-samalah kita renungkan seketika perjalanan hidup kita saat ini adakah pernah terjebak atau pun sedang terjebak! moga-moga pengisian ana dapat memberi ikhtibar dalam hati antum semua... sama-sama kita muhasabah diri... tinggalkan cinta manusia tetapi berusaha mengejar cinta ALLAH Yang Maha Esa... Destinasi yang kekal abadi...Syukran....


MUQADIMMAH

ASSALAMUA'LAIKUM ya akhi ya ukhti.... syukur ke hadrat ilahi kerana telah memberi keizinan kepada jari jemariku ini untuk menghasilkan blog. Insya Allah sedikit coretan yang terpampang di kaca monitor antum dapat memberikan sedikit kesan jauh di sudut hati kecil antum. Syukran kepada ukhti ika yang banyak sedekahkan ilmu di mindanya yang amat mengarut kadang kala, akan tetapi pengisiannya amat bermakna....